NBA
NBA: Jokic pilihan diangkat MVP
Pemain tengah Denver Nuggets, Nikola Jokic; tonggak Philadelphia 76ers All-Star, Joel Embiid, dan bintang Golden State Warrior, Stephen Curry, antara tiga finalis untuk merebut Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA.
NBA mengumumkan senarai finalis itu sebentar tadi dengan Jokic diangkat sebagai calon utama.
Jokic kekal cergas musim ini apabila memulakan 72 perlawanan untuk Nuggets menduduki tempat ketiga dalam Sidang Barat dengan purata 26.4 mata, 10.8 rebound dan 8.3 bantuan jaringan per permainan -- keseluruhan mengumpul 45.5 mata untuk memimpin senarai di samping raja triple-double, Russell Westbrook.
Iklan
Embiid tidak menyembunyikan aspirasinya memenangi MVP dengan membantu 76ers muncul pilihan utama Sidang Timur buat julung kalinya sejak 2001.
The Kia NBA Most Valuable Player finalists ⬇️ pic.twitter.com/79gNjToya8— NBA Communications (@NBAPR) May 20, 2021
Sebelum dibelenggu kecederaan lutut, Embiid memungut catatan terbaiknya menerusi 28.5 mata, 10.6 rebound dan 2.8 bantuan jaringan sementara 51.3 peratus jaringan padang merupakan rekod terbaik dalam kerjayanya, begitu juga peratus pungutan tiga mata yang dilakukannya (37.7).
Curry pula membuka jalan untuk mengintai Anugerah MVP ketiga peribadi selepas cemerlang bersama Warriors.
Juara NBA tiga kali itu mencapai kutipan mata kedua tertingginya hasil prestasi 46 mata dalam kemenangan ke atas Memphis Grizzlies minggu lalu.
Curry mengatasi guard Washington Wizards, Bradley Beal, dalam senarai penjaring dengan purata 32.0 mata dalam setiap perlawanan.
Tunjang Golden State itu menjadi pemain berusia 33 tahun pertama untuk menerajui senarai terbabit sejak pemain Hall of Fame, Michael Jordan, melakukannya pada 1997-98 (berumur 35 tahun pada akhir musim berkenaan).
Curry juga sebaris dengan Jordan, Wilt Chamberlain dan Kareem Abdul-Jabbar untuk muncul satu-satunya pemain yang menghimpunkan pelbagai catatan, gelaran MVP dan deretan kejuaraan lagi.
Awal musim ini, Curry memimpin senarai penjaring dan bantuan jaringan buat Warriors selain mengatasi Reggie Miller untuk di kedudukan kedua senarai pungutan tiga mata terbanyak.
Senarai finalis MVP:
Jurulatih Terbaik
Quin Snyder, Utah Jazz
Tom Thibodeau, New York Knicks
Monty Williams, Phoenix Suns
Pertahanan Terbaik
Rudy Gobert, Utah Jazz
Draymond Green, Golden State Warriors
Ben Simmons, Philadelphia 76ers
Pemain Muda Terbaik
LaMelo Ball, Charlotte Hornets
Anthony Edwards, Minnesota Timberwolves
Tyrese Haliburton, Sacramento Kings
Pemain Gantian Terbaik
Jordan Clarkson, Utah Jazz
Joe Ingles, Utah Jazz
Derrick Rose, New York Knicks
Pemain Paling Meningkat
Jerami Grant, Detroit Pistons
Michael Porter Jr., Denver Nuggets
Julius Randle, New York Knicks
Must-Watch Video