Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Irving, Nets didenda kerana langgar peraturan media

kyrieirving.jpg
Kyrie Irving dan Brooklyn Nets didenda oleh NBA kerana melanggar peraturan akses media liga itu.

NBA mengenakan denda AS$25,000 (RM101,362) kepada Irving dan Nets selepas bintang Brooklyn itu menolak untuk menyertai sesi bersama media pasukannya.

Irving tidak bercakap dengan wartawan sejak permulaan kem latihan mereka pada 1 Disember lalu. Minggu lalu, juara edisi 2016 itu memilih untuk mengeluarkan kenyataan ringkas berbanding mengadakan sidang media secara tradisional.

"Dengan tidak bertemu media hari ini, saya memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi memastikan mesej saya dapat disampaikan dengan tepat," katanya dalam kenyataan itu.

"Saya komited untuk berkerja setiap hari, bersedia untuk bergembira, bersaing, beraksi dan memenangi kejohanan besama rakan sepasukan dan rakan sekerja saya di organisasi Nets.

"COVID-19 telah memberikan kesan buat kita semua, jadi saya mendoakan keselamatan dan kesihatan komuniti kita secara domestik dan di luar negara.

"Saya benar-benar teruja untuk musim ini bermula dan saya juga mendoakan agar setiap orang kekal selamat dan sihat sepanjang perjalanan ini.

"Sasaran saya adalah untuk membiarkan kerja saya di dalam dan luar gelanggang membuktikannya. Hidup tahun ini tidak seperti biasa dan ia memerlukan kita, memerlukan saya untuk bergerak secara berbeza. Jadi ini adalah permulaan perubahan itu," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video