Natasha Roslan berhasrat untuk menebus kehampaannya menjelang Kejohanan Boling Tenpin Kebangsaan 2019 di Sunway Mega Lanes, esok.
Pemain wanita kebangsaan itu bakal menempuh dua kejohanan getir bulan ini, bermula dengan Kejohanan Kebangsaan dan disusuli Kejohanan Wanita Dunia 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) dari 22 hingga 30 Ogos ini.
"Saya pernah bergelar juara kebangsaan dalam dua edisi berturut-turut, iaitu pada 2016 dan 2017.
"Tahun lalu, saya sekadar meraih tangga ketiga walaupun saya sememangnya berharap untuk mengekalkan kejuaraan itu tetapi tiada rezeki.
"Jadi saya berharap dapat merampas semula kejuaraan," katanya ketika menjadi tetamu khas dalam Nadi @1, sebentar tadi.
Sebelum ini, atlet senior wanita negara itu terpaksa mengetepikan kejohanan di peringkat tempatan kerana perlu menempuhi persiapan rapi untuk mempertahankan gelaran dunia.
Malaysia, yang dibarisi Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha dan Sin Li Jane dijulang selaku juara ketika menewaskan Singapura di AS, dua tahun lalu.
"Kami sedang giat menjalani persiapan di Mega Lanes Sunway.
"Setiap hari, kami akan menjalani dua sesi latihan manakala pada Isnin, Rabu dan Jumaat pula kami terlibat dalam sesi ketiga pada sebelah petang untuk memantapkan stamina di gimnasium.
"Itulah jadual harian kami kecuali diberi cuti pada Ahad, itupun kadang-kadang kami perlu turun berlatih juga," katanya dengan barisan skuad kali ini belum dimuktamadkan.
"Bukan mudah untuk mengekalkan Kejuaraan Dunia. Ia sukar tetapi kami akan cuba yang terbaik.
"Kalau segalanya berjalan lancar sambil kami sendiri berusaha keras, Insya-Allah keputusan akan berpihak kepada kami," katanya.
Menurutnya, proses membentuk keserasian amat penting dalam acara berpasukan dan setakat ini, mereka tiada masalah untuk memantapkan elemen berkenaan.
"Perkara utama untuk mengeratkan hubungan kami adalah dengan membentuk keserasian yang tinggi.
"Elemen itu sudah ada. Cuma kami perlu konsisten dan sentiasa bekerjasama," tambahnya.