Nasib penjaga gol hoki berpengalaman, S. Kumar, bakal diketahui dalam tempoh 21 hari lagi selepas Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan sudah menerima maklum balas daripada Persekutuan Hoki Dunia (FIH), hari ini.
Kumar sedang digantung sementara kerana terlibat dengan penggunaan bahan terlarang, sibutramine, dalam kempen Piala Asia, Oktober lalu.
Setelah KHM menyerahkan segala bahan bukti dan laporan berkaitan, pihak FIH kini meminta tempoh untuk proses penilaian dan akan mengumumkan keputusan sama ada Kumar akan diberikan tarikh pendengaran ataupun terus dijatuhkan hukuman selewat-lewatnya 5 April depan.
"Kami telah mengemukakan rayuan supaya S. Kumar tidak menerima sebarang hukuman atas penggunaan bahan terlarang.
"Keputusan hukuman S.Kumar akan diketahui selewat-lewatnya 5 April nanti," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, ketika ditemui di dalam majlis penyerahan sistem analisis prestasi sukan bersama Institut Sukan Negara (ISN) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Subahan turut mengulas tentang isu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang bakal menarik diri daripada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan.
Beliau menghormati keputusan pemilik kelab, George Koshy, jika tetap dengan pendirian untuk tidak menghantar pasukan.
Namun, pada masa sama, Subahan menegaskan LHM tidak akan terkesan memandangkan musim depan bakal menyaksikan pertambahan beberapa pasukan baru dalam divisyen utama.
"Saya difahamkan pada tahun depan terdapat dua hingga tiga pasukan yang bakal menyertai saingan LHM dan saya mengalu-alukan kehadiran mereka.
"Daripada segi masa depan pemain, mereka juga tidak terjejas," katanya lagi.