Skip to main content

Sukan Lain

MSN sedia bantu Amsyar ceburi bidang kejurulatihan

amsyar2.jpg
Majlis Sukan Negara (MSN) sedia menawarkan tempat untuk bekas penerjun kebangsaan, Ahmad Amsyar Azman, menyertai bidang kejurulatihan selepas dia mengumumkan persaraan semalam.

Amsyar telah menghantar surat menarik diri daripada skuad kebangsaan di MSN, sekali gus mengesahkan spekulasi persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti untuk Malaysia kerana mahu memberi keutamaan kepada pengajian di Universiti Malaya.

Dengan pengalaman yang diraih sepanjang tempoh bergelar penerjun negara, MSN sedia membuka pintu untuk melebarkan lagi pendedahan bekas atlet itu dalam bidang kejurulatihan bagi membantu mencungkil bakat untuk diketengahkan.

Bakal menjadi jurulatih di peringkat kebangsaan atau negeri, perkara itu akan dibincangkan oleh pihak MSN dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Ikuti butiran lanjut dalam Nadi Arena 5.30 petang dan 7.30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video