Skip to main content

Sukan Lain

MSN, Kedah juara keseluruhan Tinju Remaja Kebangsaan

msnked1.jpg
Kontinjen Pelapis Serantau Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri Kedah masing-masing bergelar juara keseluruhan dalam dua kategori Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2017 yang berlangsung di Mydin Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Kategori umur 17-18 tahun menyaksikan penguasaan MSN yang menyapu lima daripada sembilan pingat emas yang dipertandingkan.

Pingat emas skuad pelapis negara itu diperoleh Mohamad Shahrin Shaari (light flyweight 49kg), Tuan Nasyafie Tuan Ruzuki (flyweight 52kg), Amirul Hakim Sakila (bantamweight 56kg), Muhammad Muhaimi Mahadi (lightweight 60kg) dan Halim Izani Sulaiman (light welterweight 64kg).

Lebih manis lagi, Tuan Nasyafie turut dinobatkan sebagai Peninju Terbaik kejohanan itu.

Kontinjen Kedah pula muncul juara keseluruhan kategori 15-16 tahun selepas memungut dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Nur Iman Sulaiman (lightweight 57kg) dan Daanisriwaran a/l Muniandy (light welterweight 60kg) menjadi penyumbang pingat emas negeri itu.

Pingat perak pula dikutip Muhammad Mursyid Saipudin (flyweight 50kg) manakala Safwan Mazlan, gangsa (bantamweight 52kg).

Kontinjen tuan rumah menamatkan kejohanan lima hari itu dengan kutipan tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa dalam kedua-dua kategori umur.

Tiga pingat emas Terengganu dituai oleh Wan Muhammad Aminuddin Wan Aziz (feather weight 54kg) dan Muhammad Aris Aiman Hafizi (welterweight 63kg) masing-masing dalam kategori 15-16 tahun.

Muhammad Syahriman Zahir turut mencuri perhatian dengan menggondol pingat emas kategori 17-18 tahun dalam acara tumpuan heavyweight 91kg menewaskan peninju Sarawak, Muhammad Zainuddin Zailani.

Advertisement

Must Watch Video