Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: RSG laung amaran awal

rsg.jpg
Menjelang saingan Liga Profesional Mobile Legends (MPLMY) musim ke-12, antara pasukan yang sibuk memperkasakan pasukan, RSG Slate melaungkan amaran awal untuk kembali digeruni menerusi urusan jual beli pemain yang melibatkan tiga tonggak import.

Biarpun mengekalkan majoriti pemain tempatan namun inisiatif pengurusan (RSG) mendapatkan pemain terbaik di rantau asean -- jelas mencerminkan keinginan untuk muncul juara selepas kali terakhir melakukannya pada musim ketujuh.

Tempoh dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan jurang perbezaan ketara RSG berbanding pasukan elit lain seperti Todak -- dan disebabkan itu, RSG sudah berjaya mendapatkan khidmat pemain import -- paling mencuri tumpuan, kemasukkan Stowm dari Filipina.

Bukan hanya roster pemain import dirombak -- malah peranan jurulatih kembali jadi milik, Skadaga dari Indonesia -- individu yang membantu RSG muncul juara musim ketujuh.

"Kami mendapatkan khidmat pemain dan jurulatih dari luar negara. Jika pasukan dapat mempertingkatkan lagi kualiti daripada segi keserasian, saya percaya mampu menghasilkan kejayaan dan berpeluang untuk merebut kejuaraan," kata pemain RSG, Ealtond Rayner.
 

Advertisement

Must Watch Video