TERENGGANU 2 MELAKA 0
Terengganu semakin meningkatkan tekanan kepada pasukan di tangga ketiga Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), Perak, dengan kemenangan 2-0 ke atas Melaka di Kuala Terengganu, hari ini.
Tiga mata yang diraih memastikan skuad kendalian Mohd Rozairi Ahmad itu mengutip 24 mata, hanya dua mata di belakang Perak, yang berdepan Pahang dalam aksi sebelah malam.
Kubu tuan rumah, begitupun, terlebih dahulu diuji pada dua minit pertama menerusi percubaan pemain Melaka, Muhd Ekmal Shahrin, disusuli Tarmizi Ab Ghaffar.
Penjaring terbanyaknya, Akil Khalis Adli Khairus, kemudian menceriakan Terengganu menerusi ledakan kaki kiri yang gagal dibaca penjaga gol lawan pada minit kelapan.
Lima minit selepas itu, Terengganu menjadikan kedudukan 2-0 apabila Irwan Mazlan mudah menolak hantaran pendek Azlan Nasti Azwar dari sebelah kiri.
Aksi semakin rancak dengan Terengganu berpeluang melebarkan kelebihan, namun dua gerakan Amirrul Izzad Adang pada minit ke-16 diselamatkan penjaga gol lawan, Aiman Fikry Ramli.
Melaka turut memperoleh kesempatan yang menyaksikan sepakan Syazwan Ashraf Musa terkena tiang sebelum rembatan Muhd Saad Sani dua kali ditepis penjaga gol tuan rumah pada minit ke-17.
Babak kedua menjadi milik Melaka sepenuhnya yang dihidangkan deretan peluang bermula dengan percubaan Saad (m-25) yang menggegar palang gol tuan rumah.
Penjaga gol Terengganu, Tengku Azraf Fahmi Che Ku Sulong, yang kembali daripada kecederaan jari, terus beraksi cemerlang menyelamatkan usaha Muhd Erzuan Gapar pada minit ke-31.
Terengganu pula hanya mampu melancarkan serangan balas, malangnya gerakan Muhd Fitrah Mohamad selepas itu hanya sia-sia.
Pelawat perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyudahkan walau satu percubaan di depan gol tuan rumah, menyaksikan tolakan Aliff Danial Hashim (m-36) gagal menewaskan Tengku Azraf.
Tuan rumah pasti akan dihukum jika berdepan lawan lebih tajam, namun kemenangan 2-0 itu cukup untuk mengembalikan keyakinan selepas kekalahan kepada Selangor minggu lalu.
Keputusan lain:
PAHANG 3 PERAK 3