Shah Alam City melaungkan keyakinan untuk memperagakan aksi terbaik dalam penampilan sulung menentang PDRM dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang bermula Jumaat ini.
Di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan, Muhammad Fitri Muhamad Yatim, Shah Alam City tidak gentar dengan cabaran yang bakal dihadapi meskipun tidak menafikan kekuatan pasukan lain.
Fitri yang menjadi jurulatih buat pertama kali selepas bersara turut berkongsi bersama wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian, mengenai cabaran utama sepanjang persiapan mereka.
"Cabaran paling berat ialah untuk tangani 20 pemain, masing-masing ragamnya lain-lain.
"Kecederaan adalah lumrah dan semua pasukan menghadapinya, cuma harap pemain cepat pulih dan pada masa sama fokus kepada misi kami.
"Kami harap FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dapat buka ruang tentang pertukaran pemain sebab kami tidak mahu simpan pemain yang tidak boleh beraksi terlalu lama," kata jurulatih itu.

Ketua pasukan Shah Alam City, Dhiyaul Mohamad Ezdiaq Dawari, berkeyakinan untuk mencapai kelompok lapan terbaik seperti yang disasarkan dan walaupun menghormati PDRM, mereka tetap akan turun memburu kemenangan.
"Kami pernah lihat aksi PDRM dan mereka juga mantap daripada segi taktikal selain memiliki jurulatih yang berpengalaman.
"Tapi kami mempunyai strategi tersendiri (untuk menghadapi mereka)," katanya.