PERAK 9 PULAU PINANG 4
Perak berpesta jaringan apabila membenam Pulau Pinang 9-4 dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019, di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.
Dengan keputusan Perak merakam kemenangan kelapan untuk menduduki tangga ketiga pada ketika ini.
Pulau Pinang bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit kedua apabila Muhammad Amirul Ismail menyudahkan peluang hasil hantaran Muhammad Syafiq Abdul Rasyid.
Tersentak dengan jaringan itu, Perak tampil dengan lebih garang dan memiliki beberapa peluang terbaik bagi menembusi gawang Pulau Pinang yang dikawal penjaga gol muda, Mohd Faezwan Ashwandie Ahmad.
Usaha keras anak buah Mohd Ruzaley Aziz itu akhirnya membuahkan hasil pada minit keeenam apabila pemain kebangsaan, Mohd Ridzwan Bakri, mudah menolak masuk bola di sebelah kiri pintu gol pelawat berpunca daripada lorongan Muhammad Aidil Shahril Rosli.
Ridzwan terus menceriakan penyokong Perak apabila menjadikan kedudukan 2-1 hasil rembatan yang menewaskan Mohd Faezwan dua minit kemudian.
Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor kembali mengikat kedudukan selepas dengan mudah menolak masuk hantaran Mohamad Azierul Joss pada minit ke-12.
Tempoh empat minit terakhir babak pertama memperlihatkan Perak nyata sukar digugat apabila berjaya mencipta tiga jaringan menerusi Muhamad Zakry Asraf Roslan di minit ke-17 serta dua jaringan pantas pada minit ke-20 menerusi Muhammad Firdaus Zulkefli dan Muhamad Salihin Fayzol.
Kelibat Ridzwan terus menjadi ancaman buat Pulau Pinang apabila melengkapkan hatrik pada minit ke-25 menerusi rembatan dari jarak dekat yang tidak mampu dihalang penjaga gol gantian, Muhammad Fahmi Ali.
Tidak cukup dengan kelebihan empat gol tersebut, Perak terus menggandakan asakan dan berjaya menambah jaringan keenam pada minit ke-32 menerusi Muhamad Razin A. Rahim.
Malang terus menimpa Pulau Pinang apabila Iqhmal Najmie Ismail tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk menghalang percubaan Muhamad Razin.
Muhammad Amirul berjaya menjaringkan gol ketiga buat Pulau Pinang pada minit ke-36 sebelum Muhammad Farikh Khabibor mengukir nama selaku penjaring gol kesembilan buat Perak.
Ketika perlawanan semakin menghampiri penghujung, Amar Ashraf menyempurnakan sepakan penalti kedua untuk jaringan keempat pasukan pelawat.