Melaka menafikan hasrat Pahang untuk merapati pendahulu Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019, Selangor, selepas seri 4-4 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, sebentar tadi.
Perlawanan yang didominasi Pahang itu berlangsung menarik apabila kedua-dua pasukan menemui gol sulung pada minit ke-13, masing-masing menerusi Ekmal Shahrin dan Iqbal Aikal.
Langkah pasukan ditangga kedua liga itu dipermudahkan dengan sepakan penalti yang disempurnakan Saiful Nizam pada minit ke-20.
Ketinggalan 2-1 menyaksikan Melaka mempamerkan kebangkitan menyaingi Pahang dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi Nurasyraaf Azle lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Mahathir Harahap kemudian kembali meletakkan Pahang mendahului 3-2 sebelum tamat separuh masa pertama.
Melaka kembali mengatur langkah dan berjaya memperoleh peluang kembali mengikat permainan -- sepakan penalti diberikan dan Danial Dain cemerlang menjaringkan gol bagi menjadikan kedudukan 3-3.
Enggan mengalah, Pahang berjaya menambah gol keempat menerusi Farhan Anuar pada minit ke-36, namun Melaka ternyata liat untuk ditundukkan apabila jaringan Syazwan Ashraf dua minit kemudian menyaksikan kedua-dua berkongsi satu mata apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 4-4.
Sementara itu, Selangor terus menghuni tangga teratas liga apabila merakamkan kemenangan 5-1 ke atas Terengganu.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ketujuh menerusi Amirul Izzad.
Walaupun ketinggalan, Selangor hanya memerlukan 30 minit untuk meledak lima jaringan, bermula dengan Hafiz Ramle (m-8), diikuti gol oleh Azri Rahman (m-16), Ridhwan Zainal (m-20), Ruzaini Norazam (m-23) dan Rushdi Husin (m-28).