MELAKA 3 KUALA LUMPUR 3
Melaka bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan hajat Kuala Lumpur melakar kemenangan ketujuh lebur selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, sebentar tadi.
Melaka turun dengan misi untuk terus mendaki tangga liga ketika Kuala Lumpur berhajat untuk menghuni kelompok empat terbaik.
Nasib memihak anak buah Khairi Aswad Ishak itu apabila seawal minit pertama permainan, Mulhim Mukri sudahpun berjaya meletak pasukan mendahului 1-0 sebaik memanfaatkan peluang terhidang.
Melaka cuba mencari gol penyamaan, namun terus menemui jalan buntu sehingga babak kedua bersambung.
Hazreen Ali menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26, namun kelebihan itu bersifat sementara apabila Melaka bangkit menyumbat gol pembukaan menerusi Syazwan Asyraf.
Tarmizi Jaafar berjaya menyamakan kedudukan dua minit berselang sebelum Saad Ghani memberi pendahuluan buat Melaka pada minit ke-34.
Dua minit sebelum tamat permainan, Danial Dain tertampan bola ke gawang sendiri untuk mengikat kedudukan, sekali gus Melaka dan Kuala Lumpur akur dengan satu mata.