Sejarah penganjuran MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang sebenarnya banyak memiliki sisi menarik untuk dilihat dan dikenang semula.
Litar sepanjang 5.5 kilometer hasil kerja tangan Hermann Tilke itu sebenarnya merakamkan begitu banyak momen menarik dan bersejarah sedari awal penganjuranya sejak 1999.
Selain memiliki keunikanya yang tersendiri SIC sebenarnya menawarkan cabaran yang berbeza berbanding litar-litar lain kepada pelumba.
Debut pertama MotoGP pada 1999 telah dimenangi oleh Kenny Robert Jr yang ketika itu masih lagi dalam kategori 500cc.
Valentino Rossi bolehlah diangkat sebagai 'raja' di litar itu selepas muncul antara pelumba paling banyak berjaya merekodkan kemenangan iaitu tujuh kali dengan enam daripadanya adalah bagi kategori MotoGP.
Tentunya peminat MotoGP masih ingat insiden paling kontroversi 'Sepang Clash' membabitkan pelumba itu dengan Marc Marquez pada 2015 ketika perebutan kejuaraan sehingga menyebabkan Marquez terjatuh dan Roossi dikenakan penalti walaupun selepas beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama.
Sepang juga dianggap antara litar paling sukar diramal berikutan cuacanya yang tidak menentu dan banyak kali perlumbaan kategori MotoGP terpaksa dilangsungkan dalam keadaan hujan lebat.
Pada 2009 perlumbaan terpaksa dihentikan akibat hujan lebat sebelum kesemua pelumba menamatkan sepenuhnya perlumbaan dengan menyaksikan Casey Stoner muncul selaku juara.
Marc Marquez pula yang kini mendominasi pusingan perlumbaan MotoGP bagi musim 2025 dan menduduki tangga teratas kejuaraan dunia ketika ini dianggap tidak dominan di litar Sepang dengan hanya mampu menjuarainya sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2018.
Sementara rekod paling laju yang pernah dicatatkan di Sepang dilakukan oleh Andrea Ianone dan Brad Binder iaitu 339 kilometer sejam sebelum ia dipadamkan oleh Pedro Acosta ketika sesi ujian pra musim 2025 yang merekodkan catatan 342 kilometer sejam.
Tetapi sejarah tragedi hitam juga tidak dapat dielakkan membabitkan pelumba motoGP di semua litar yang mereka beraksi di seluruh duni termasuk di Sepang.
Kesemua peminat perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu yang hadir di SIC 2011 tentunya tidak akan melupakan detik kemalangan dahsyat yang berlaku hingga menyebabkan kematian pertama pelumba MotoGP di negara ini.
Insiden itu melibatkan pelumba Itali, Marco Simoncelli yang terjatuh sebelum dilanggar oleh pelumba lain di belakangnya sehingga menyebabkan topi keledar yang dipakai tercabut hingga menyebabkan kematian beliau.
Momen sedih itu akan terus diingati oleh seluruh peminat MotoGp dunia sehingga ke hari ini dan tidak mungkin akan dilupakan.
Rekod kehadiran penonton di litar Sepang juga tidak kurang hebatnya selepas ia muncul selaku antara 'venue' yang paling mendapat sambutan dengan jumlah melebih 150,000 pengunjung iaitu antara tertinggi dicatatkan dalam penganjuranya di luar Eropah