Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marquez hanya dapat habiskan tujuh pusingan di Jerez

marc-marquez.jpg
Marc Marquez hanya dapat melengkapkan tujuh pusingan dalam perlumbaan ujian di Jerez malam tadi, di mana dia berdepan kesan sampingan setelah mengalami kemalangan ngeri dalam sesi ujian Grand Prix Sepanyol minggu lalu.

Juara MotoGP enam kali itu turun berlumba buat kali pertama minggu lalu sejak lengannya patah di litar sama pada awal musim 2020.

Marquez tergelincir di selekoh tujuh dalam FP3 sebelum pasukan perubatan mengesahkan dia cukup cergas untuk berlumba dalam perlumbaan sebenar. Dia juga terjatuh ketika sesi pemanasan badan tetapi menamatkan perlumbaan itu di tangga kesembilan.

Pelumba kekal berada di Sepanyol bagi perlumbaan ujian minggu ini tetapi penglibatan Marquez terpaksa dipendekkan gara-gara ketidakselesaan di bahagian bahu dan lengannya.

"Hari ini, kami tidak benar-benar melakukan ujian kerana selepas satu pusingan, dalam pusingan kedua, badan saya mula kaku," kata pelumba Repsol Honda itu.

"Leher saya, bahu kanan saya jadi kaku, ia sama seperti selepas perlumbaan di Portimao tetapi ia tidak terlalu ketat seperti di Portugal.

"Kemalangan yang saya alami Sabtu lalu menjejaskan fizikal saya.
 
"Saya fikir selepas tubuh saya panas hari ini, ia akan semakin baik dan saya boleh mencubanya tetapi saya secara langsung dapat katakan bahawa ia bukan di tahap terbaik untuk berlumba.

"Kami berbincang secara sepasukan dan membuat keputusan untuk menamatkan ujian ini. Kami perlu memahami bahawa kami sedang meningkatkannya secara berperingkat dan sasaran seterusnya adalah di Le Mans di mana kami akan mencuba untuk meningkatkannya lagi," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found