Pendahulu kejuaraan dunia MotoGP musim ini, Marc Marquez, seakan membenarkan sangkaan sebelum ini bahawa dia mahu mahkota kejuaraan dunia 2025 dinokhtahkan di bumi kelahiran bekas pasukanya iaitu Honda ketika pusingan perlumbaan di Litar Motegi hujung bulan ini.
Dalam perlumbaan Grand Prix Catalonia pada Ahad, Marc sebenarnya memiliki peluang yang sangat cerah untuk merangkul gelaran tersebut di Grand Prix San Marino dalam pusingan seterusnya seandainya muncul selaku juara di litar De Barcelona-Catalunya.
Namun Marc seakan memberikan ruang yang agak selesa kepada adiknya Alex Marquez untuk merakamkan kemenangan kedua dalam kariernya di perlumbaan MotoGP yang menyaksikan penunggang pasukan Gresini Racing muncul selaku juara.
Sementara Marc Marquez sekadar berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua ketika dia sebelum ini sudah memenangi 15 perlumbaan dan pecut berturut-turut.
Ramai pengamal media MotoGP melihat Marc sebenarnya mahu mensasarkan untuk menjadikan mahkota kejuaraan dunia ketujuhnya kali ini berlangsung dalam keadaan lebih simbolik dan bermakna dengan melakukanya di bumi Jepun.
Alex Marquez yang terjatuh pada perlumbaan pecut sebelum itu berjaya memintas kedudukan abangnya di awal perlumbaan dan terus dominan untuk mengetuai perlumbaan sehingga tamat.
Kemenangan itu menyaksikan kelebihan mata Marc dalam ranking kedudukan ketika ini telah berkurang kepada 182 dengan baki tujuh lagi pusingan perlumbaan bagi musim 2025.
Pelumba Lenovo Ducati itu kini mengumpul 487 mata dengan Alex pula di tempat kedua ketika ini dengan 305 mata.
Rakan sepasukan Marc Marquez pula Francesco Bagnaia kekal ditangga ketiga di belakang Alex dengan jurang 250 mata daripada pendahulu selepas mengumpul 237 mata.
Dapatkan Sekarang

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Sekarang