Dengan jurang mata yang kini sudah terlalu besar untuk dikejar oleh pelumba lain, Marc Marquez sudah mampu mencongak di manakah dia akan menoktahkan titik untuk merangkul kejuaraannya dalam pusingan seterusnya atau mahu memilih lokasi yang lebih simbolik.
Persoalan itu sudahpun ditanyakan oleh media antarabangsa kepada beliau sejak semalam di mana jika dia mahu menamatkan persoalan itu di San Marino atau lebih memilih di tanah kelahiran pasukan lamanya iaitu Honda ketika berlangsungnya GP Jepun di litar Motegi nanti.
Bagaimanapun Marquez seakan mahu mengelakkan perdebatan itu atau sebenarnya pilihan itu telahpun dibuat namun hanya dia saja yang tahu.
"Apakah anda mahu menjulang kejuaraan musim ini di Misano iaitu bumi kelahiran Rossi atau Motegi, bumi kelahiran Honda?" Tanya wartawan, Matteo Aglio daripada portal MotoGP, GPone kepada Marquez.
Namun Marquez dengan ringkas menjawab sambil ketawa "Ia adalah soalan yang bagus, namun saya memilih untuk meneruskan sahaja". Jelas Marquez.
Jelas Marquez lagi beliau ketika ini hanya fokus untuk terus mengutip mata kejuaraan dalam setiap pusingan perlumbaan yang berlangsung sahaja tanpa memberi fokus untuk melihat tempat dimana gelaran kejuaraan dunia itu bakal berlaku.
Beliau dengan nada rendah diri juga mengakui kedudukanya yang begitu jauh meninggalkan pelumba lain dalam carta kejuaraan dunia ketika ini tidak pernah beliau bayangkan sebelum ini.
Bagaimanapun dia lebih mahu menikmati baki pusingan perlumbaan yang berlangsung seterusnya dan mahu melihat pasukanya Ducati Lenovo terus mengutip mata.
Marquez ketika ini menduduki tangga teratas dalam kedudukan keseluruhan pelmba selepas mengumpul 455 mata selepas memenangi 10 pusingan perlumbaan dengan 12 podium.
Kedudukan itu seakan sudah cukup selesa dan sukar lagi dicabar oleh pelumba lain termasuk adiknya Alex Marquez yang kini berada di belakangnya dengan 280 mata sambil diekori rapat oleh rakan sepasukan Marc iaitu Francesco Bagnaia di tempat ketiga dengan 228 mata.
Justeru pusingan perlumbaan yang masih tinggal lebih menarik perhatian untuk menyaksikan siapakah yang mampu menamatkan kejuaraan MotoGP musim ini di belakang Marc Marquez iaitu dalam perebutan tempat kedua dan ketiga.