Faktor cuaca yang tidak menentu di Malaysia sebenarnya menjadi isu biasa yang ada kalanya mengundang kebimbangan oleh pasukan dan pelumba setiap kali akan berlangsungnya pusingan perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak sekian lama penganjuranya.
Walaupun beberapa edisi terakhir penganjuran perlumbaan motosikal paling elit di dunia itu berlangsung dengan lancar, namun ia tetap menjadi antara perkara utama diambil kira oleh pasukan dalam mempersiapkan jentera mereka bersesuaian dengan kemungkinan keadaan semasa di litar nanti.
Bagi perlumbaan pusingan ke-20 Petronas Grand Prix Of Malaysia 2025 yang bakal berlangsung pada 24-26 Oktober ini, ramalan keadaan cuaca sedikit merisaukan apabila dijangka akan turut mengalami situasi ribut petir pada sebelah pagi dan petang membabitkan beberapa tempat di daerah Sepang.
Menurut info ramalan cuaca yang dipaparkan di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bagi tempoh bermula 24 hingga 25 Oktober, cuaca lebih baik diramalkan akan berlaku di daerah itu pada sebelah petang tetapi keadaan berbeza dijangka melanda pada sebelah pagi di sekitar daerah tersebut.
Namun situasi ribut petir pula diramal akan melanda di beberapa kawasan Sepang pada hari perlumbaan iaitu 26 Oktober pada waktu pagi yang berlanjutan hingga sebelah petang.
Tidak dapat dipastikan samada ia juga akan turut membabitkan venue perlumbaan di litar SIC pada hari tersebut.

*Info ramalan cuaca membabitkan daerah Sepang bermula 23 Oktober sehingga 28 Oktober 2025 yang dipaparkan di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia
Bagaimanapun mengikut laporan laman web Motogpnews.com, keadaan cuaca pada hari sesi kelayakan berlangsung iaitu pada Sabtu 25 Oktober, cuaca dijangka akan mengalami sedikit hujan pada sebelah pagi dan akan kembali baik dan cerah menjelang tengahari.
Keadaan cerah dan kering dengan suhu mencapai 36 darjah celsius pula akan berterusan pada hari perlumbaan utama hujung minggu ini.
Penganjuran perlumbaan MotoGP di Malaysia sebelum ini pernah merekodkan di mana pelumba terpaksa berentap dalam keadaan hujan lebat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 2009 ketika peminat yang hadir di SIC menyaksikan kemenangan Casey Stoner daripada pasukan Ducati.

Malah pada edisi penganjuranya tahun 2012, pusingan perlumbaan terpaksa dipendekkan kepada 13 pusingan berbanding 20 pusingan yang sepatutnya akibat hujan lebat ketika pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa muncul selaku juara pada tahun tersebut.

Situasi perlumbaan dalam keadaan litar basah turut dilalui selama dua tahun berturut-turut iaitu pada edisi perlumbaan 2016 dan 2017.

Bagaimanapun bermula 2018 sehingga 2024, kesemua perlumbaan bagi lima siri penganjuran MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berjaya dijalankan dengan sempurna dalam keadaan cuaca yang begitu baik sehingga mampu mencatatkan kehadiran penonton yang tinggi.
Namun dua siri penganjuran bagi tahun 2020 dan 2021 tidak dapat diadakan disebabkan ancaman pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun berkenaan.
Ayuh penuhkan SIC hujung minggu ini. Dapatkan tiket anda di sini.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang