Pelumba Moto3, Jason Dupasquier, menghembuskan nafasnya sebentar tadi berikutan kemalangan dalam kelayakan Grand Prix Itali semalam.
Pelumba Switzerland berusia 19 tahun itu dirempuh motosikal lain sebaik jatuh dan tergelincir di litar Mugello itu.
Selepas dirawat oleh pakar perubatan di litar itu, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Careggi di daerah Florence.
Pengumuman kematiannya akibat kecederaan itu diumumkan sebentar tadi.
Satu kenyataan di laman sesawang MotoGP berbunyi: "Walaupun ada usaha terbaik daripada kakitangan perubatan litar dan semua yang terlibat bagi membantu pelumba Switzerland itu, hospital mengesahkan Dupasquier telah meninggal dunia.
"FIM (Persekutuan Permotoran Antarabangsa), IRTA (Persatuan Pasukan-Pelumba Antarabangsa), MSMA (Persatuan Pembuatan Sukan Motosikal) dan syarikat Dorna Sports ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan, pasukan dan orang yang dikasihinya."
Menjelang Grand Prix Itali, Dupasquier menduduki tangga ke-10 dalam carta gelaran dunia dengan mengumpul 27 mata daripada lima perlumbaan dalam musim keduanya.
Pasukannya Prustel GP turut menulis di Instagram: "Perasaan kami hancur dan pada masa ini segala pemikiran kami bersama keluarga Jason.

We’re deeply saddened to report the loss of Jason Dupasquier
— MotoGP™? (@MotoGP) May 30, 2021
On behalf of the entire MotoGP family, we send our love to his team, his family and loved ones
You will be sorely missed, Jason. Ride in peace pic.twitter.com/nZCzlmJsVi