Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengesahkan permohonan jujitsu dan tenis ringan untuk menyertai Sukan SEA Filipina, November depan terpaksa ditolak manakala polo menarik diri.
MOM terpaksa mengambil tindakan drastik walaupun beberapa persatuan sanggup mengeluarkan kos sendiri untuk menampung atlet mereka menyertai temasya dwitahunan itu.
Ia susulan rasa tidak yakin MOM untuk dua sukan itu mewakili negara memandangkan mereka tidak memiliki struktur program yang tersusun daripada peringkat akar umbi hingga ke skuad kebangsaan.
"Kami juga melihat sama ada sesuatu sukan itu mempunyai program pembangunan yang sepatutnya kerana kami tidak mahu menghantar pasukan hanya untuk satu pertandingan.
"Selepas itu, tiada sebarang penglibatan atlet sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat lebih tinggi.
"Jadi, itulah yang diambil kira," katanya.
Ia bermakna, Malaysia hanya akan bertanding dalam 49 jenis sukan di Filipina.
Apa yang positif, persatuan terbabit akur dengan keputusan mesyuarat lembaga MOM berkenaan.
MOM memberikan masa kepada skuad bola sepak wanita dan kanu untuk menyenaraikan atlet mereka sebelum 2 September ini sementara status kurash-sambo masih tergantung.