Ketua jurulatih skuad perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, menyerahkan sepenuhnya tanggungjawabnya dalam Sukan SEA Filipina, November depan kepada Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, memandangkan dia tidak akan terlibat dengan temasya dwitahunan itu.
BAM menyenaraikan empat pemain perseorangan lelaki, iaitu Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan dua muka baru, Lim Chong King dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.
Segala percaturan dan pemilihan pemain akan ditentukan sepenuhnya oleh Choong Hann dan seorang lagi jurulatih, Hendrawan.
Begitupun, Misbun sedang giat mempersiapkan Aidil Sholeh, yang merupakan pemain di bawah bimbingannya seandainya Choong Hann dan Hendrawan memerlukan sentuhan pemain berusia 19 tahun itu.
"Aidil yang dimasukkan, jadi saya kena mempersiapkan dia menjelang pertandingan itu nanti.
"Saya tidak tahu sama ada dia akan dapat main atau tidak.
"Jadi, secara keseluruhan, daripada struktur persiapan itu, memang saya sudah serahkan kepada mereka," katanya.
Dalam senarai itu, prestasi Chong King paling mencuri perhatian Misbun biarpun pemain itu gagal meraih kejuaraan keduanya tahun ini dalam Siri Antarabangsa Sydney di Australia minggu lalu.
"Itu anda kena tanyakan kepada pengarah kejurulatihan kerana saya hanya diarah.
"Jadi, apabila saya diarah, saya hanya ikut sahaja apa yang telah dicaturkan untuk saya.
"Jadi, sekarang ini, jika saya hanya (ditetapkan untuk) jaga skuad remaja, saya hanya akan jaga skuad remaja sahaja.
"Saya tidak akan masuk campur dengan penstrukturan keseluruhan perkara ini," tambahnya.