Skip to main content

Sukan

Menjelang 60 Hari: Riyadh sedia anjur Sukan Solidariti Islam 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soli.jpg
Dengan hanya 60 hari menjelang upacara pembukaan, keterujaan semakin dirasai bagi edisi keenam Sukan Solidariti Islam yang bakal berlangsung di Arab Saudi.

Temasya pelbagai sukan ini akan menghimpunkan atlet elit dari 57 negara seluruh dunia Islam, yang akan bersaing dalam rekod 23 acara sukan bertempat di venue bertaraf dunia di sekitar Riyadh.

Sukan Solidariti Islam merupakan temasya pelbagai sukan ketiga terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia, sekali gus menyerlahkan kepentingannya dalam menyatukan bakat sukan dari dunia Islam.

Arab Saudi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab sukan global selepas berjaya menganjurkan pelbagai kejohanan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Negara ini juga berbangga menjadi tuan rumah edisi sulung Sukan Solidariti Islam pada 2005.

Tuanku Putera Fahad bin Jalawi, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tertinggi, berkata Arab Saudi kini sudah bersedia sepenuhnya menerima kehadiran atlet, pegawai, dan penyokong dari seluruh dunia Islam:

“Arab Saudi amat berbesar hati menyambut kedatangan saudara dan saudari kami dari 57 negara. Temasya ini mencerminkan iltizam negara terhadap perpaduan dunia Islam serta menyediakan platform terbaik untuk atlet bersaing, menjalin hubungan dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.” katanya.

Sebanyak 23 acara dipertandingkan, termasuk dua disiplin para, dengan perlumbaan unta dan e-Sukan bakal membuat penampilan sulung:

Senarai Sukan:

● Bola Baling
● Bola Keranjang 3x3
● Renang
● Lawan Pedang
● Olahraga
● Muay Thai
● Taekwondo
● Bola Tampar
● Perlumbaan Unta (debut)
● Ping Pong
● Karate
● Gusti
● Futsal
● Angkat Berat
● Judo
● Duathlon
● Ekuestrian
● Tinju
● Wushu
● E-Sukan (debut)
● Jiu-Jitsu

Sukan Para:

● Para Angkat Berat
● Para Olahraga

Pertandingan akan berlangsung di venue utama sekitar Riyadh, termasuk:
● Universiti Puteri Nourah – Perkampungan Atlet
● Boulevard City
● Kompleks Olimpik Putera Faisal bin Fahd
● Al Janadriyah
● Stadium Putera Faisal bin Fahd (Al Malaz)


Sejak diperkenalkan pada 2005, Sukan Solidariti Islam telah mencatat banyak detik bersejarah. Turkiye mendahului carta dengan 237 pingat emas (643 keseluruhan), diikuti Iran (118 emas, 321 keseluruhan) dan Azerbaijan (114 emas, 298 keseluruhan). Uzbekistan di tempat keempat dengan 66 emas, manakala Indonesia di kedudukan kelima dengan 56 emas.

Mesir dan Maghribi masing-masing meraih 146 pingat, namun Mesir berada di hadapan dengan 46 emas berbanding 40 emas Maghribi. Kazakhstan pula mencatat 42 emas, sementara tuan rumah Arab Saudi menghuni tangga kesembilan dengan 37 emas dan 111 pingat keseluruhan. Malaysia melengkapkan senarai 10 terbaik dengan 33 emas serta 97 pingat.

Untuk rekod, penyertaan dalam edisi pertama pada 2005 menyaksikan kontinjen negara membawa pulang lima pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Malah, pencapaian terbaik kem negara adalah ketika edisi 2013 di Palembang, Jakarta apabila mengumpul 26 pingat emas, 17 perak dan 29 gangsa, sebelum penyeraan kali terakhir hanya membawa pulang dua gangsa pada 2017.
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video