Skip to main content

Sukan SEA

Mendayung: Skuad mendayung negara perlukan keputusan positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendayung.jpg
Skuad mendayung mengakui terdesak untuk menterjemahkan pingat dalam Sukan SEA Filipina, November depan, bagi meyakinkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa sukan itu masih relevan untuk menyertai temasya sukan besar.

Skuad mendayung merupakan antara persatuan yang menghantar jumlah atlet paling kecil buat kontinjen Malaysia dengan hanya bersandarkan tiga wakil.

Dana yang kecil serta tidak banyak pencapaian membanggakan mengehadkan penyertaan mereka untuk menyertai kejohanan antarabangsa.

Justeru, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA Filipina, Rabu lalu, menyaksikan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) akur apabila atlet mereka diletakkan dalam kategori B.

Hanya pingat dapat membantu memulihkan reputasi persatuan itu selain mendapat semula bayaran balik kos yang ditampung persatuan ke Filipina nanti.

"Kami cuba melihat secara positif selepas sukan mendayung perlu mendapatkan pencapaian di Manila dalam usaha untuk meningkatkan lagi sukan ini di Malaysia sementara mendapatkan tiket dalam Program Podium," kata jurulatih mendayung negara, Mohd Syukri Zaili Zarin.

Cabaran menanti skuad mendayung apabila tuan rumah mengubah venue pertandingan yang kebiasaannya di empangan atau tasik, ke lokasi pesisir pantai di Subic.

Ia menyaksikan barisan atlet mendayung negara perlu menyesuaikan diri dengan ombak serta faktor angin yang lebih kuat di laut.

"Beraksi di tepi laut akan menyaksikan kami perlu lebih bekerja keras," kata atlet negara, Muhammad Amirul Norhadi.

"Kami difahamkan akan beraksi di laut dan latihan kami akan dipertingkatkan bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan angin di Subic nanti," kata atlet negara, Muhammad Khalis Jasmiad.

Advertisement

Must Watch Video