Skip to main content

Bola Sepak

'Kami sedang pantau pemain di Jerman, Belanda, Australia, Amerika Syarikat untuk skuad kebangsaan'

cdsd

Ketua jurulatih Indonesia, John Herdman, berkongsikan sedang memantau rapi enam pemain yang mempunyai darah keturunan Indonesia yang sedang beraksi di luar negara.

Difahamkan pemain-pemain itu adalah Laurin Ulrich  (FC Magdeburg), Julian Oerip (AZ Alkmaar), Luke Vickery (Macarthur), Mitchell Baker (Colorado Rapids), Jenson Seelt (Wolfsburg) dan Tristan Gooijer (PEC Zwolle).

"Kami memiliki pemain di Jerman yang sedang kami pantau dan bina. Pemain-pemain diaspora muda.

"Kami mempunyai dua pemain di Jerman yang sedang kami tangani. Kami juga punya dua pemain di Belanda yang sedang kami pantau. Kami memiliki satu pemain di Australia, dan satu pemain di Amerika Syarikat yang ingin kami lihat berkembang hingga ke pasukan kebangsaan.

"Jika anda datang untuk kemasyhuran, wang, pengikut mahupun tawaran sokongan, saya tidak percayakan anda." katanya seperti dilaporkan media Indonesia.

Must Watch Video