Kemas kini skuad kebangsaan menyaksikan tonggak Kuching City, Safawi Rasid, terpaksa melupakan hasrat beraksi buat pasukan negara apabila terpaksa pulang atas urusan keluarga.
Pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sudah sampai di Guandong dan telah melakukan latihan harus kembali ke tanah air, sekali gus Harimau Malaya kehilangan seorang bintang menghadapi perlawanan persahabatan tier 1 bertemu China dan Yaman.
Meskipun dipanggil kali ini selepas terlepas hasrat beraksi dalam Piala Hyundai ASEAN, penantian penyerang berusia 29 tahun itu untuk menyarung kembali jersi negara tertangguh lagi selepas kali terakhir dipanggil menyertai pasukan negara pada Mac lalu sewaktu perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam.
Safawi dalam satu perkongsian di Threads memaklumkan ia bukanlah keputusan mudah dan bukan sengaja untuk meninggalkan kem Malaysia.
Dia menjelaskan peluang bersama skuad kebangsaan adalah perkara paling bernilai, selain berbangga bermain untuk lencana di dada.