Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Letshanaa ke suku akhir tumbangkan pilihan ketiga

letshanaa

Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, mempamerkan aksi hampir sempurna ketika menyingkirkan pemain pilihan ketiga dari Jepun, Tomoka Miyazaki, untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun selaku pemain bukan pilihan, Letshanaa ketinggalan 3-6 pada awal set pertama tetapi selepas menyamakan kedudukan 10-10, pemain berusia 22 tahun itu tidak lagi menoleh ke belakang untuk mudah mencatatkan kemenangan 21-15.

Penguasaan penuh dipamerkan Letshanaa dalam set kedua, di mana dia tidak pernah ketinggalan sejak pukulan pertama, sebelum mengesahkan kemenangan 21-17 selepas secara keselutuhan bertarung selama 45 minit

Menantinya bagi penentuan ke separuh akhir esok ialah pemenang di antara perseorangan China, Han Qian Xi, dan seorang lagi wakil Jepun, Hina Akechi.

 

Must Watch Video