Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: RM212 juta menanti sang juara! Ini butiran penuh wang kemenangan setiap peringkat

Piala Dunia 2026: Wang hadiah bernilai RM212 juta menanti sang juara! Ini butiran penuh wang kemenangan setiap peringkat

Piala Dunia 2026 mencipta satu lagi sejarah apabila menawarkan jumlah keseluruhan dana hadiah sebanyak ASD871 juta (kira-kira RM3.7 bilion), menjadikannya edisi paling lumayan pernah dianjurkan.

Daripada jumlah itu, ASD655 juta (RM2.8 bilion) akan diagihkan berdasarkan pencapaian pasukan sepanjang kejohanan, manakala selebihnya diperuntukkan bagi membantu kos persiapan dan penyertaan semua negara yang layak.

Juara dunia bakal membawa pulang ASD50 juta (kira-kira RM212 juta), manakala naib juara menerima ASD33 juta (RM140 juta).

Pecahan Hadiah Mengikut Pencapaian

Berikut adalah agihan rasmi hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan pasukan:

Juara: ASD50 juta (±RM212 juta)
Naib juara: ASD33 juta (±RM140 juta)
Tempat ketiga: ASD29 juta (±RM123 juta)
Tempat keempat: ASD27 juta (±RM115 juta)
Suku akhir (5-8): ASD19 juta setiap pasukan
Pusingan 16: ASD15 juta setiap pasukan
Pusingan 32: ASD11 juta setiap pasukan
Tersingkir di peringkat kumpulan (33-48): ASD9 juta setiap pasukan

Selain hadiah berdasarkan prestasi, FIFA turut menyediakan dana persediaan dan kelayakan antara ASD1.5 juta hingga ASD2.5 juta kepada setiap negara yang layak bertanding.

Ini bermakna semua 48 negara peserta dijamin menerima sekurang-kurangnya ASD10.5 juta hingga ASD12.5 juta walaupun gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Peningkatan nilai hadiah ini selari dengan pertambahan jumlah pasukan daripada 32 kepada 48 negara buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia.

Ia bukan sahaja memberi ganjaran lebih besar kepada pasukan yang berjaya melangkah jauh, malah membantu negara-negara membangun menampung kos persiapan, logistik dan pembangunan bola sepak.

Dengan hadiah ASD50 juta menanti juara, final antara Argentina dan Sepanyol bukan sahaja menjanjikan perebutan trofi paling berprestij dunia, malah ganjaran kewangan yang cukup lumayan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video