Ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus, menyatakan dia menghormati keputusan Cristiano Ronaldo untuk bersara pada usia 41 tahun selepas 23 tahun berkhidmat untuk Portugal.
Untuk rekod, Ronaldo meninggalkan pentas antarabangsanya selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal dengan 146 gol selepas 234 perlawanan, selain menjuarai Euro 2019 dan dua edisi Liga Negara-Negara (UNL) pada 2019 dan 2025.
"Cristiano ialah ikon global, contoh untuk Portugal dan pasukan kebangsaan. Saya telah letakkan gambar besarnya di auditorium kami supaya semua pemain muda dapat memandangnya setiap hari.
🚨🇵🇹 Jorge Jesus reacts to Cristiano Ronaldo’s retirement from international football. “Cristiano is a global icon, an example for Portugal and the national team. “I had a huge photo of him put up in our auditorium so that all the young players could look up to him every single day. “I asked him to continue with me because I needed him by my side. “But I have to accept his decision. “He will always have a place in the hearts of the Portuguese people. “He will always be an icon of Portuguese football.”
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 5, 2026
"Saya memintanya untuk terus bersama saya kerana saya memerlukannya di sisi saya.
"Tetapi saya perlu menerima keputusannya.
"Dia akan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Portugal." katanya.