Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, terpaksa akur terkandas dalam pusingan suku akhir, Terbuka Korea Selatan selepas tewas kepada wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Stadium Jinnam, sebentar tadi.
Dalam kejohanan yang berstatus Super 500 itu menyaksikan Pang Ron-Pei Jing memberikan saingat sebelum tewas dalam aksi straight set, 14-21,18-21 kepada pilihan pertama kejohanan itu dalam tempoh 32 minit pertarungan.
Semalam, wakil negara di ranking ke-15 dunia itu mengatasi gandingan tuan rumah, Jin Sung Ik-Lee Seung Hee, untuk mara ke suku akhir semalam.