Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Haziq Hamdan mahu bangkit daripada mimpi ngeri pusingan pertama

CP

Pelumba Double Eight Racing, Haziq Hamdan Azam, mahu bangkit daripada mimpi ngeri yang dialaminya dalam perlumbaan pusingan pertama CP 125 Kejuaraan Petronas M.A.M Malaysian Cub Prix di Litar Lumba Tangkak, Johor bulan lalu.

Bahkan, dia ingin merangkul kejuaraan dalam pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang Utara hujung minggu ini

Masalah teknikal enjin dalam pusingan pertama menjadi faktor utama kegagalannya untuk merebut kedudukan podium, ditambah dengan insiden kemalangan yang dialaminya menyaksikan dia terlepas peluang berada dalam kelompok depan.

Haziq Hamdan berkata masalah itu sudah diatasi pasukannya dan percaya mereka sudah merencana taktikal berbeza menjelang perlumbaan kali ini.

"Perlumbaan itu pada waktu hujan dan semua pelumba berhati-hati, jadi saya ada peluang untuk menyertai kelompok depan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Malangnya, saya terjatuh sewaktu lap kedua tetapi saya dapat bangun dan meneruskan perlumbaan sehingga menamatkannya di tempat keenam.

"Saya memang sudah beritahu mekanik kami, kalau boleh saya memang tidak mahu ada isu seperti itu lagi tetapi saya percaya pasukan akan sentiasa bertungkus-lumus untuk menghadapi pusingan yang akan datang ini.

"Sasaran kali ini agak besar, saya mahu menjadi juara pusingan ini."

 

Must Watch Video