Selalunya sukan ski melibatkan atlet ski beraksi menuju ke bawah, tetapi kali ini atlet terpaksa bermula dari bawah untuk ke puncak!
Benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental, peserta berlumba mendaki bukit lompat ski secara terbalik, iaitu dari bawah ke atas.
Laluan ini mempunyai cerun curam sehingga 37 hingga 38 darjah, dengan jarak 400 meter (m) dan peningkatan ketinggian kira-kira 130m, bersamaan dengan ketinggian bangunan 40 tingkat! Gila!
Venue yang digunakan untuk cabaran itu adalah Pusat Lompat Ski Alpensia yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, kini sering menjadi lokasi bagi perlumbaan pecut yang sangat mencabar ini.