Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Bin Rahmat, dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan seramai Sembilan atlet angkat berat negara telah melayakkan diri ke Sukan Komanwel 2026.
Dua atlet layak secar automatik iaitu Muhamad Aznil Bidin dalam kategori 56kg (kilogram) dan Mohamad Syahmi menerusi Ketegori 88kg selepas meraih pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, India, sebelum ini.
Enam lagi atlet yang telah melayakkan diri berdasarkan ranking Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) adalah Mohamad Aniq Kasdan (60kg), Muhammad Erry Hidayat (79kg), Muhammad Hafizuddin Roslin (88kg), Muhammad Farris Haikal (+110kg), Irene Jane Henry (48kg 80, Nur Syazwani Radzi (63kg 9) dan Siti Aqilah Farhana (+86kg).
Untuk rekod, PAMB menyasarkan sebanyak tiga pingat emas dalam temasya itu.
"PABM menyasarkan sekurang-kurangnya tiga (3) pingat emas dalam temasya kali ini berdasarkan prestasi semasa atlet-atlet negara yang semakin konsisten di peringkat antarabangsa. Sasaran ini bukan sesuatu yang mustahil kerana sukan angkat berat sentiasa menjadi antara penyumbang pingat emas negara khususnya di Sukan Komanwel dan turut konsisten menyumbang pingat di temasya lain seperti Sukan SEA.
"Kita tidak mahu sekadar layak. Kita mahu hadir sebagai pencabar pingat emas dan memberikan saingan sebenar kepada negara-negara lain. Walaupun sukan angkat berat bukanlah sukan yang popular di negara ini, atlet-atlet kita sentiasa berjuang membawa nama Malaysia di pentas dunia dengan penuh semangat dan disiplin tinggi.
"PABM percaya sukan ini mempunyai potensi besar untuk terus mengharumkan nama negara sekiranya mendapat sokongan yang berterusan daripada semua pihak." kongsinya.