Selepas gagal meraih sebarang pingat emas dalam beberapa Sukan SEA lepas, Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama) optimis skuad negara mampu menamatkan kemarau pingat emas dalam edisi ke-30 di Filipina, November depan.
Setiausaha Agung Perdama, Muhamad Hasnul Aizam Bakin, berkata sandaran emas diletakkan kepada Eric Lau yang kini sedang berpangkalan dan melanjutkan pengajian di Australia.
Dia menjelaskan Lau yang akan bertanding dalam acara ‘lightweight scull’ perseorangan diletakkan sebagai prospek emas berdasarkan pencapaian positif pendayung berusia 19 tahun itu dalam beberapa kejohanan di Australia.
Hasnul memaklumkan bahawa Mohamad Amirul Norhadi dan Muhammad Khalis Jasniad yang akan beraksi dalam acara beregu ‘lightweight scull’ turut diletakkan sebagai prospek pingat tanpa mengira warna.
“Sasaran pingat yang dibuat kepada tiga atlet berkenaan berdasarkan pencapaian mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Beliau berkata Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA memutuskan untuk meletakkan mendayung dalam kategori B1 memandangkan sukan berkenaan tidak pernah meraih emas sepanjang penyertaan dalam Sukan SEA sebelum ini.
Kategori B dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kategori B1 melibatkan ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) manakala B2 adalah bukan ahli gabungan MOM.
Menerusi kategori B1, persatuan sukan terlibat perlu mendahulukan perbelanjaan atlet masing masing, dan MOM akan membayar semula wang pendahuluan berkenaan sekiranya atlet itu meraih pingat.
Kategori B2 pula bermakna persatuan sukan berkenaan perlu menanggung sepenuhnya perbelanjaan atlet masing-masing, dan MOM tidak akan membayar wang pendahuluan sekiranya atlet berkenaan meraih pingat.
Kali terakhir acara mendayung dipertandingkan adalah ketika Sukan SEA 2015 di Singapura yang menyaksikan Malaysia meraih satu pingat gangsa menerusi gandingan Mazlie Daham dan Mohd Zulfadli Rozali dalam acara 1,000 meter berpasangan.
-- BERNAMA