Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Taiwan nafi hasrat skuad compound berpasukan wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fatin-nurfatehah.jpg
Cabaran pemanah compound wanita negara berakhir dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas kecundang kepada Taiwan dalam aksi suku akhir berpasukan, hari ini. 

Aksi tidak konsisten menyaksikan mereka tunduk kepada Taiwan yang merupakan pasukan kedua terbaik dunia dalam aksi di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pertaruhan skuad compound wanita negara yang julung kali menyertai Sukan Asia menerusi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Sazatul Nadhirah Zakaria pada mulanya bermula dengan baik apabila mengikat trio Chen Liju, Chen Yi-Hsuan dan Lin Ming-Ching 56-56 dalam end pertama. 

Bagaimanapun, panahan lapan mata oleh Sazatul dalam end kedua memberi ruang buat lawan mendahului 114-111.

Jurang itu memberi masalah besar buat negara dan apabila memasuki end ketiga, aksi Saritha pula tidak konsisten dengan meraih tujuh mata dalam panahan kedua. 

Kebangkitan pada lewat permainan bagaimanapun gagal menyekat kemaraan Taiwan yang menang 225-221. 

"Saya bersyukur kami melepasi pusingan pertama walaupun kalah dalam suku akhir. 

"Kami dah cuba yang terbaik, setakat ini sahajalah perjuangan kami dalam Sukan Asia kali ini," kata Fatin Nurfatehah. 

Menurut Saritha pula, "Hari ini saya sudah cuba yang terbaik, namun ada kesilapan yang tidak diduga." 

Dalam masa sama, Sazatul, mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman sebaik mungkin.

"Kami jarang mendapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan ini saya gunakan untuk mengingati balik langkah asas," kata Sazatul. 
 

Advertisement

Must Watch Video