Pemanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, masih belum berpuas hati dengan prestasinya sungguhpun meraih tiga pingat emas dalam Kejohanan Memanah Piala Asia di Taiwan, minggu lalu.
Baginya, kejayaannya itu merupakan satu suntikan semangat tetapi sedar masih banyak ruang yang perlu dibaiki apabila beraksi di peringkat antarabangsa.
"Saya berasakan emas itu adalah satu bonus.
"Banyak lagi aspek yang boleh diperbaiki dan saya akan menggunakan tempoh sebelum Sukan SEA ini dengan sehabis baik," katanya.
Pemanah berusia 29 tahun itu mengakui ia bukan mudah buatnya untuk beraksi dalam tiga aksi final dalam tempoh lima jam.
"Panahan saya belum kuat (mantap) lagi kerana boleh dikatakan tidak begitu biasa dalam situasi itu.
"Ini kerana tekanan yang saya hadapi lebih kuat dalam aksi final berbanding peringkat sebelumnya," katanya.
Dia bermula dengan final acara campuran di samping Iman Aisyah Norazam, seterusnya aksi berpasukan apabila bergandingan dengan Zulfadhli Ruslan dan M. Khambeswaran sebelum turun dalam acara individu ketika berdepan rakan sepasukan, Khambeswaran.
Kejayaan itu menamatkan kemarau emasnya di pentas Piala Asia sejak mula bertanding di peringkat antarabangsa pada 2014.