Penyandang juara MotoGP, Marc Marquez, mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas di Litar Americas menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, dengan pendahulu kejohanan, Maverick Vinales, hanya melakar catatan ketiga terpantas.
Penunggang Movistar Yamaha, Vinales, meraih kedudukan teratas senarai penunggang dalam dua perlumbaan awal musim ini selepas mengambil kesempatan ke atas kemalangan Marquez untuk mengungguli perlumbaan di Argentina.
Marquez akan memulakan perlumbaan di petak utama dan penunggang Repsol Honda itu tampak berada di landasan terbaik selepas penggunaan tayar lembut dalam pusingan terakhir membantunya mencatat masa 2 minit 4,061 saat - -0.286 saat lebih pantas daripada penunggang muda Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco.
Vinales sebelum ini mengatasi Marquez lebih daripada setengah saat dalam dua sesi awal latihan bebas.
Valentino Rossi (Movistar Yamaha) -- yang menduduki tangga kedua di belakang rakan sepasukannya, Vinales -- muncul pelumba keempat terpantas, 0.005 saat lebih pantas daripada Dani Pedrosa (Repsol Honda).
Sesi kedua latihan bebas menyaksikan pelumba Pull & Bear Aspar, Karel Abraham, terlibat dalam kemalangan buruk di selekoh ke-11, yang menyebabkan pelumba Republik Czech itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.