Kudrat dan kepakaran perejam Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi, ketika di udara kini ditagih skuad sepak takraw negara menuju Sukan SEA Thailand, Disember hadapan.
Sensasi pemain yang mesra dipanggil John itu turut menyaksikan dirinya diangkat sebagai apit kanan terbaik CelcomDigi Champions Cup, Grand Prix (GP) Kuala Lumpur serta GP Johor.
Antara elemen penting dalam libasan Hafizul -- skill rejaman 'maniam' yang cukup sinonim dengan komuniti di Malaysia.
Selain turut dikenali sebagai libasan 'sun-back', atau teknik libasan 'back stroke' memiliki kelebihan buat apit kanan dengan syarat bijak membaca halangan pihak lawan.
Perdebatan yang tiada titik noktah melibatkan libasan atau teknik rejaman gulung yang sinonim dengan Thailand -- mana satu lebih baik?
Meskipun wujud perbezaan pendapat namun, bagi Hafizul, sekiranya namanya berada dalam percaturan ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, libasan maniam itu menjadi taruhannya demi mencabar kilauan pingat emas dalam kejohanan dwitahunan itu.
"Yang saya daripada kecil, orang Malaysia memang suka menggunakan teknik maniam ini.
"Saya terjerumus untuk belajar sampai sekarang.
"Kemahiran ini terpulang kepada individu untuk menguasai teknik ini.
"Sebab kita boleh fikir untuk meletakkan bola di mana dan boleh baca posisi pihak lawan.
"Maniam ni lebih hebat daripada gulung," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.