Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia FIFA: Laku keras! Empat bekas pengurus Chelsea jadi pilihan

j
Advertisement

16 ketua jurulatih yang bakal bertindak sebagai 'mastermind' dalam Piala Dunia FIFA 2026 mempunyai pengalaman dalam kancah bola sepak Inggeris, baik Liga Perdana Inggeris (EPL) mahupun divisyen lebih bawah.

Empat daripadanya adalah bekas pengurus Chelsea yang menyaksikan Carlo Ancelotti kini mengemudi Brazil, Thomas Tuchel bersama England, Mauricio Pochettino di kem Amerika Syarikat (AS) sementara sentuhan Graham Potter mendapat kepercayaan 
Sweden.

Advertisement

Dalam masa sama, bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa (Uruguay) dan Jesse Marsch (Kanada), manakala Ronald Koeman yang pernah menggalas tanggungjawab di Everton akan membawa cabaran Belanda.

Pengurus lain dalam Liga Kejuaraan yang akan ke Piala Dunia termasuk pengurus Wolverhampton Wanderers, Stale Solbakken, bekas pengurus Leeds United; Thomas Christiansen bersama Panama dan (bekas pengurus Nottingham Forest and Cardiff City) Sabri Lamouchi menggalas tanggungjawab di Tunisia.

Advertisement

Dalam kalangan 48 ketua jurulatih itu juga, Carlos Queiroz yang pernah menjadi pembantu kepada Sir Alex Ferguson di Manchester United, mula dilantik Ghana pada April lalu berikutan pemecatan Otto Addo.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video