Skip to main content

Bola Sepak

Kejuaraan ASEAN B-19: Skuad negara waspada kelibat Brunei

j

Pengendali B-19 negara, Nafuzi Zain, percaya kemenangan selesa 3-0 ke atas Singapura, malam tadi meletakkan anak buahnya di landasan tepat dalam kempen Kejuaraan ASEAN B-19 di Medan.

Kemenangan di Stadium Teladan hasil dominasi permainan itu memberi satu suntikan keyakinan buat barisannya sekalipun berdepan kesuntukkan masa untuk persiapan menghadapi kempen kali ini.

Lantaran itu, Nafuzi menuntut barisannya agar tidak mendabik dada, sebaliknya terus memperkemaskan permainan untuk tugasan kedua dalam Kumpulan tersebut iaitu menentang Brunei yang pastinya enggan kekalahan 0-9 kepada Thailand berulang.

"Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki daripada segi serangan dan bertahan di sebalik kemenangan ini.

"Tapi kami di kedudukan terbaik untuk baki dua kejohanan lagi.

"Pemain dapat menyerap pendekatan permainan yang saya terapkan dengan segera dan mampu memastikan kemenangan.

"Kami tidak mempunyai persiapan yang panjang sebelum ke mari jadi saya berpuas hati dengan sikap pemain-pemain.

"Kami perlukan satu lagi kemenangan sebelum bertemu Thailand,  pemain dalam motivasi tinggi untuk baki perlawanan dan kami harap mara ke peringkat kalah mati," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video