Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Soon Huat-Shevon yang berada di ranking ke-11 dunia itu menewaskan wakil Indonesia, Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, menerusi aksi rubber set, 17-21,21-16,23-21, dalam tempoh 1 jam 10 minit pertarungan itu.
Mereka terpaksa akur dalam set pertama 17-21 meskipun memberikan saingan set, namun bangkit 21-16 dalam set kedua sebelum menoktahkan aksi 23-21 dalam set penentuan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Wakil negara itu akan turun berdepan wakil tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan esok.
Dalam pada itu, sebelum kemaraan Soon Huat-Shevon itu, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, terlebih dahulu meneruskan kemaraan mereka selepas menundukkan lawan dari Indonesia, Marwan Faza-Putri Pranata, 21-17,21-9.