Skuad hoki kebangsaan perlu mempunyai keyakinan tinggi ketika berdepan pasukan lawan dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bulan depan bagi memburu slot ke temasya itu selepas kali terakhir layak 20 tahun lalu.
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Prof. Datuk Dr. Shamala Subramaniam, berkata meskipun setakat ini belum diketahui Malaysia bakal bertemu pasukan mana, adalah penting bagi skuad negara menampilkan aksi terpuji dalam saingan berkenaan.
“Sasaran kami hanya satu, mesti layak ke Sukan Olimpik.
"Kita sedia maklum dalam pusingan kelayakan akhir ini, semua yang bertanding adalah pasukan gergasi dunia, termasuk kita, jadi tidak boleh ada walau satu peratus pun rasa kebarangkalian yang kita tidak boleh buat,” katanya.
The Malaysian Hockey Tigers akan diundi untuk menentang salah satu daripada pasukan Jerman, Great Britain, Sepanyol, New Zealand atau Kanada, dalam undian yang akan diadakan di Lausanne, Switzerland, Isnin ini.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Paulian Green Turf & Brother James Macken Challenge Trophy, yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul, Seremban, hari ini.
Mengenai skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita yang akan bersaing dalam Sukan SEA Filipina, November depan, Dr. Shamala menyasarkan pingat emas bagi kedua-dua pasukan itu.
Terdahulu, dalam majlis tersebut, Loke yang merupakan bekas murid SK St. Paul menyumbangkan RM25,000 bagi menampung baki kos pembinaan padang hoki sekolah berkenaan yang dibina Januari lalu dengan kos keseluruhan RM126,000.
-- BERNAMA