Skip to main content

Hoki

Malaysia ikat New Zealand dalam aksi kedua

hoki-malaysia.jpg
Skuad hoki negara memastikan perlawanan pemanas badan kedua berdepan New Zealand tidak berakhir dengan kekalahan apabila berjaya mengikat pasukan ranking ke-8 dunia itu 3-3.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen -- yang menduduki ranking ke-14 dunia -- turun dengan moral tinggi selepas melakar kemenagan besar 8-2 ke atas New Zealand dalam aksi pertama semalam.

Bagaimanapun, berbeza kali ini apabila New Zealand menurunkan pemain utamanya, sekaligus memberi cabaran hebat.

Hasilnya, mereka berada di depan pada minit ke-19 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Sam Lane.

Enggan membenarkan New Zealand bangkit daripada kekalahan semalam, Malaysia menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi gol pukulan sudut penalti Marhan Jalil.

Setelah suku ketiga berakhir tanpa sebarang jaringan, kedua-dua pasukan memperkemaskan asakan dalam suku keempat.

Fitri Saari meledak gol padang pada minit ke-53, namun kedudukan 2-1 tidak bertahan lama apabila New Zealand bangkit dengan jaringan penyamaan melalui gol Stephen Jennes.

New Zealand sekali lagi mengejutkan skuad hoki negara dengan gol ketiga pada minit ke-55, kali ini menerusi gol padang Nick Ross.

The Malaysian Hockey Tigers akhirnya menarik nafas lega apabila Faizal Saari berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol pukulan sudut penalti pada minit ke-59 bagi memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.


 

Advertisement

Must Watch Video