TODAK Legion dinobatkan sebagai juara Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MAL MY) yang pertama selepas menewaskan HomeBois Syndicate dalam dalam perlawanan akhir hari ini.
Kemenangan dalam perlawanan kemuncak itu disambut dengan sorakan gemuruh daripada ratusan peminat yang hadir beramai-ramai ke lokasi acara Playoff di Sunway Velocity Mall dan membolehkan mereka memungut USD 20,000 musim ini.
Pasukan TODAK Legion memulakan perlawanan akhir dengan lebih positif di antara kedua-dua pasukan, dengan mendahului 2-0 dalam perlawanan Best-of-Seven (BO7). Permainan pertama berlangsung dengan sengit, dan hampir tiada perbezaan di antara kedua-dua pasukan. Namun keadaan berubah sekitar minit ke-15, apabila Mega Kill Muhamad "Rival" Alif Akmal yang tepat pada masanya membolehkan TODAK Legion menyerang melalui lorong tengah untuk mencapai kemenangan. Permainan kedua pula adalah perlawanan sehala yang menyaksikan juara baharu itu mengawal perlawanan sepenuhnya, mengakhiri permainan dengan kelebihan emas sebanyak 10k.
HomeBois Syndicate bangkit pada permainan ketiga, merampas kemenangan dengan mengejutkan TODAK Legion. Namun, kebangkitan tidak menjadi kenyataan, apabila TODAK Legion dengan merangkul kemenangan muktamad di permainan keempat dan kelima untuk merangkul mahkota juara.
Dalam sidang media selepas perlawanan, COO TODAK Group, Roslan Rashid, berkata: "Kami bersyukur menjadi juara pertama MAL MY, walaupun bukan pasukan pilihan.
"Kejayaan kami adalah hasil daripada pengalaman kami dalam ekosistem kompetitif berbanding pasukan lain, ditambah dengan komitmen dan dedikasi kami untuk membangunkan bakat dari akademi kami."
Dianjurkan oleh MOONTON Games dan IO Esports, MAL MY dilancarkan tahun ini dan berfungsi sebagai bahagian penting pembangunan dalam ekosistem liga esukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia – selepas MLBB Professional League (MPL) Malaysia.
MAL MY bertujuan untuk memberikan platform kepada bakat esukan di negara ini dengan memberikan peluang kepada pemain muda dengan salurang langsung ke dunia esukan profesional, dan mempersiapkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia M6 pada bulan Disember, kejohanan antarabangsa MLBB yang paling berprestij di dunia.