Bekas penganjur Le Tour De Langkawi (LTdL) selama lapan tahun, Datuk Wan Lokman Wan Ibrahim, terkilan apabila kejohanan itu hilang status kelas Hors.
LTdL hilang status kelas Hors selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak berpuas hati dengan ketiadaan pasukan bertaraf profesional dalam saingan 2019, April lalu.
Kejadian itu seperti menikam hati bekas penganjur, Wan Lokman, yang membangunkan LTdL menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
"Pada waktu itu, status kejohanan adalah 2.5, antara paling rendah. Tahun demi tahun, ia ditingkatkan, kemudian dinaikkkan kepada kelas Hors. Jadi, sekarang saya dengar berita ia telah diturunkan, saya rasa sedih," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UCI di Yorkshire, England memutuskan LTdL gagal memohon pertukaran status kepada siri profesional.
Lebih malang, status perlumbaan yang bermula pada 1996 itu jatuh kepada kategori 2.1 dan diletakkan dalam kategori sirkit benua UCI.