Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: Misi wajib benam China, Kanada

skuad-hoki-pembangunan-negara-terpaksa-akur-keampuhan-belanda.png
Pemain tengah hoki kebangsaan, Nabil Fikri Mohd Nor, positif skuad negara mampu mengatasi Kanada dan China dalam aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia yang bakal berlangsung di London, bermula 15 Jun depan. 

Malaysia berkemungkinan besar akan berada dalam kumpulan bersama-sama pasukan pilihan yang mengungguli ranking dunia ketika ini, iaitu Argentina selain England, Kanada dan China. 

Bagi Nabil, Malaysia yang berada di ranking ke-14 dunia tiada pilihan selain perlu menyingkirkan skuad Kanada dan China untuk sekurang-kurangnya berada di tempat ketiga terbaik kumpulan. 

Argentina dan England pastinya pasukan yang sukar untuk disaingi tetapi Malaysia diharap mampu memperagakan cabaran hebat terhadap mereka. 

"Kami cuba elak untuk bertemu juara kumpulan yang lagi satu, iaitu Belanda. 

"Sekiranya kami dapat menang dua perlawanan ketika bertemu China dan Kanada, maka kami akan berpeluang layak ke Piala Dunia secara merit," ujarnya. 

Dari segi pemilihan pemain, Nabil percaya jurulatihnya, Stephen Van Huizen, mampu membuat penilaian terbaik dalam memilih 18 pemain untuk dibawa ke London. 

Pastinya, Piala Sultan Azlan Shah yang bermula 27 April ini menjadi sandaran utama buat semua pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing. 

"Pemain-pemain negara semua seimbang, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. 

"Piala Sultan Azlan Shah merupakan medan untuk pemain menunjukkan kemampuan mereka dalam usaha memikat hati jurulatih kebangsaan dalam merebut slot ke London nanti."

Advertisement

Must Watch Video