Skip to main content

Sukan Lain

Liga E-Sukan Malaysia: Ongeh muncul juara kategori CS2

ongeh.jpg
Aksi Grand Final Counter Strike 2 (CS2) 2023 di Liga E-Sukan Malaysia (MEL23) menyaksikan pasukan Ongeh dijulang sebagai juara.

Bagi ketua pasukan, Ivan Yap, resipi kejayaan adalah daripada kerjasama yang kukuh antara anggota pasukan yang lain.

Dilabel sebagai pasukan pilihan, Ongeh ternyata tidak berdepan masalah menewaskan pasukan' No Sponsor' dengan kemenangan mutlak 2-0, sekaligus mencatatkan rekod terbaik mereka.

Ivan turut berharap kejohanan sebegini akan diperluaskan pada tahun hadapan bagi mengembangkan komuniti CS2 yang dilihat tidak seramai pengikut Mobile Legends.

"Saya berharap lebih banyak kejohanan CS2 akan datang. Ia akan membantu meningkatkan lagi komuniti CS2 pada masa akan datang," katanya.

Juara kejohanan membawa pulang hadiah RM10,000 manakala RM7,000 buat naib juara dan tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM5,000.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video