Skip to main content

Bola Keranjang

Leonard kembali turun beraksi

kawhileonard_1.jpg
Bintang Los Angeles Clippers, Kawhi Leonard, telah dibenarkan beraksi selepas diketepikan dua perlawanan sebelum ini.

Leonard diketepikan ketika berdepan Minnesota Timberwolves dan Dallas Mavericks selepas mengalami kecederaan mulut pada Hari Krismas dalam saingan NBA.

Juara NBA dua kali itu terlibat dengan pelanggaran dengan rakan sepasukan, Serge Ibaka, ketika cuba mendapatkan rebound hingga tersiku muka Leonard ketika meraih kemenangan ke atas Denver Nuggets Jumaat lalu.

Tetapi Leonard akan turun berdepan Portland Trail Blazers hari ini, Clippers mengumumkannya dalam pra-perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video