Skip to main content

Paralimpik

Latif: Pencalonan Olahragawan Kebangsaan jadi pembakar semangat

latif-romly.jpg
Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, enggan terlalu berharap apabila menjadi calon utama untuk meraih gelaran Olahragawan Kebangsaan 2016 sempena Anugerah Sukan Negara yang bakal berlangsung Rabu  ini.

Dicalonkan untuk kali kedua, kali ini lebih menarik apabila Latif tidak ketinggalan tercalon merebut gelaran Olahragawan Kebangsaan bersama nama-nama besar seperti Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang dan Mohd Al-Jufferi Jamari selaku olahragawan tahun lalu.

Menyifatkan pencalonan ini satu penghormatan besar, dia enggan meletak harapan terlalu tinggi kerana persaingan yang cukup sengit.

Kejayaan meperoleh pingat emas, termasuk memecahkan rekod dunia Paralimpik sebanyak tiga kali sewaktu Sukan Paralimpik Rio 2016 cukup untuknya menjadi antara atlet yang perlu diberi perhatian pada malam gemilang itu.

"Saya tidak meletak harapan untuk bergelar Olahragawan tetapi anugerah ini bagi saya sekadar pembakar semangat. Persaingan juga sengit," kata Latif.

Pastinya jika menang, ia akan memberi satu semangat baru kepada Latif untuk beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2017 di London, Julai depan.

"Harapan saya untuk juara dunia adalah untuk mempertahankan pingat emas dan memperbaiki catatan saya dua tahun lepas, iaitu 7.35 meter," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video