Wujud elemen kejutan untuk Olahragawan Kebangsaan tetapi pencapaian yang diraih atlet olahraga para negara, Abdul Latif Romly, tidak boleh dinafikan dan dia layak memenangi kategori utama itu dalam majlis Anugerah Sukan Negara 2016, malam tadi.
Buat julung kali, Anugerah Olahragawan Kebangsaan dimenangi atlet para sejak ia mula diperkenalkan pada 1966.
Kejayaan Latif menyaksikan dia mengatasi pencalonan hebat, antaranya jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, Azizulhasni Awang daripada sukan berbasikal trek serta atlet silat yang juga pemenang 2015, Mohd Al-Jufferi Jamari .
Begitupun, pencapaian yang dilakukan Latif sepanjang 2016 nyata sukar ditandingi.
Sudah pasti meraih emas acara lompat jauh T20 dalam Sukan Paralimpik Rio menjadi kenangan terindah buat dirinya.
Lebih mengagumkan, dia turut memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali dalam laluannya bergelar juara.
Secara tidak langsung, kejayaan ini meningkatkan lagi motivasi atlet berusia 20 tahun itu untuk menghadapi Kejohanan Dunia, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di London, Julai nanti.
Selain itu, dia juga tidak menolak peluang penyertaannya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos depan, yang masih lagi terbuka.
"Saya tidak menjangka perkara ini sebab pesaingnya hebat-hebat. Saya agak gementar kerana saya juga baru lagi dalam bidang ini," katanya.
Sementara itu, Siti Rahmah Mohamad Nasir, memastikan sukan silat terus mendapat penghargaan dengan dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan 2016.
Atlet berusia 30 tahun itu cemerlang sepanjang tahun lalu dengan memenangi kesemua empat kejohanan yang disertai.
Paling mendapat perhatian sudah pasti Kejohanan Dunia di Bali di mana dia berjaya meraih gelaran buat kali ketiga.
Pencapaian Siti Rahmah itu menyaksikan dia menjadi atlet silat wanita pertama untuk menerima penghargaan berkenaan.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH SUKAN NEGARA 2016:
Olahragawan Kebangsaan
Abdul Latif Romly
Olahragawati Kebangsaan
Siti Rahmah Mohamed Nasir
Olahragawati Paralimpik
Siti Noor Radiah Ismail
Pasukan Lelaki Kebangsaan
Tan Wee Kiong-Goh V Shem
Pasukan Wanita Kebangsaan
Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong
Jurulatih Lelaki Kebangsaan
R. Jeganathan
Jurulatih Wanita Kebangsaan
Chin Eei Hui
Anugerah Tokoh Sukan
Tun Jeanne Abdullah
Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar
Anugerah Kepimpinan
Tan Sri Mohd Ali Rustam
N. Shanmugarajah
Anugerah Khas
Tan Sri Morshidi Abdul Ghani
Datuk Dina Rizal