Skip to main content

Sukan Lain

Khairulnizam Afendy jadikan saingan Piala Dunia medan pemanas badan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pelayaran.jpg
Jaguh sukan pelayaran negara Khairulnizam Afendy, mengambil pendekatan untuk tidak menekan 'gear 5' dalam saingan Piala Dunia di Kiel, Jerman yang akan membuka tirainya pada 20 hingga 26 jun ini.

Sebaliknya, atlet yang menyambut hari kelahiran ke-31 pada Isnin lepas nanti menjadikan kejohanan itu sebagai medan 'pemanas badan' sebelum menghadapi temasya Sukan Olimpik keempatnya di Paris Julai nanti.

sot - khairulnizam afendy, 4 kali sukan olimpik
Kini dia berada di kedudukan ke-18 dunia, Khairulnizam terlebih dahulu akan menjalani latihan di venue Sukan Olimpik di Marseille, Perancis bermula 1 Jun ini.

Untuk rekod, Khairulnizam layak ke Olimpik Paris secara merit selepas menghuni tangga ketiga dalam acara Ilca 7 pada kejohanan last chance regatta di Perancis bulan lepas.

"Saya pergi ke sana untuk mendapatkan suasana kejohanan, kita ingin melihat lawan serta sedikit sebanyak sasaran.

"Contohnya saya mempunyai masalah pada aspek  garis permulaan, jadi saya fokuskan pada garis permulaan di sana dan cuba berlumba seperti biasa.

"Saya hanya ingin menambahbaik kelemahan tanpa tekanan, hanya sesetengah perkara untuk diperbaiki. Kita baru habis kelayakan jadi itu juga merupakan persaingan yang baik.

"Kami hanya akan mencuba untuk memastikan momentum berada dalam keadaan bersedia dan baik." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video