Kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang tahun lalu menyaksikan Khairul Hafiz Jantan dan Aifa Azman meraih penghargaan dalam Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan - Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) - MILO 2016, hari ini.
Tahun lalu adalah paling gemilang buat Khairul Hafiz dalam saingan olahraga selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter.
Dia turut memecahkan rekod Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak selain memenangi emas dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia.
Begitupun, Khairul Hafiz tidak dapat hadir bagi menerima Anugerah Putera itu kerana menjalani latihan di Afrika Selatan dan dia diwakili bapanya, Jantan Ramli.
Anugerah Puteri pula dimenangi Aifa selepas kejayaan menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Britain bagi kategori bawah 15 tahun.
Selain itu, dia turut meraih emas dalam Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia bagi kategori sama di Kuala Lumpur.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana dapat memenangi anugerah ini," katanya "Saya mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya, ibu-bapa dan sekolah yang selalu memberi bimbingan sehingga mencapai kejayaan ini".
Buat julung kali, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan anugerah khas, Mutiara Inspirasi Sukan, bagi menghargai kejayaan bekas atlet MSSM yang menjulang nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Penerima yang tersenarai ialah atlet renang, Welson Sim, Nur Dhabitah Sabri daripada sukan terjun dan juga atlet lompat jauh para kebangsaan, Abdul Latif Romly.
"Ia adalah anugerah yang tidak dijangka dan ia satu peluang yang hebat kerana meraih meraih anugerah istimewa," kata Wilson.
"Tidak tahu nak cakap apa kerana ini kali pertama saya datang ke sini. Rasa teruja juga, apatah lagi baru balik dari Kazan. Ia hilangkan sedikit tekanan," kata Dhabitah.